Selasa, 22 Februari 2011

Hobi pada masa lapangku.....

Pada masa lapang, apakah yang akan anda lakukan.... Tentu ramai yang mempunyai hobi @ kegemaran pada masa lapang. Hobi biasanya akan membuatkan seseorang itu rasa lebih di hargai kerana hobilah tempat bagi mereka merelaxkan diri dan minda. Jahitan. Ya, itulah hobi saya pada masa lapang. 

Hobi sebenarnya boleh membantu menambahkan pendapatan bagi mereka yang kreatif. Tak salah sebenarnya untuk mencuba. Gagal sekali bukan bermakna kita akan gagal buat selamanya.  

Kajian menunjukkan bahawa menjahit merupakan antara lima aktiviti yang terbaik untuk melepaskan tekanan merujuk kepada statistik yang dipantau menerusi kadar denyutan jantung, tekanan darah dan kadar perpeluhan selepas menjahit.

Dalam seni jahitan, seseorang individu dapat meluahkan rasa kasih sayang dengan menjahit pelbagai jenis artikel dan pakaian untuk dijadikan hadiah kepada keluarga yang tersayang. 



 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan