Isnin, 10 Januari 2011

PRODUK NONA ROGUY



 Rangkaian Herbanika Bersalin NR
(RM : 365.00 - Semenanjung)
(RM : 370.00 - Sabak/Sarawak)

Antara produk yang terdapat dalam set Rangkaian Herbanika Bersalin NR
 
1. Phyto Natal 
 
 Kandungan:
(1 botol - 90 biji - tablet)

Penggunaaan:
Lawas Buang Air Besar - Normal &span   -  PHYTONATAL 2 - 4 tablet
Tidak Lawas Buang Air Besar - Sembelit   -  PHYTONATAL 4 - 10 tablet
Terlalu Lawas Buang Air Besar - Sensitif   - PHYTONATAL 1 -2 tablet

Nota:
Phyto Natal digunakan bagi membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin dan lendiran. Ia juga berkesan mengatasi angin meroyan iaitu stress wanita selepas bersalin jan juga mengurangkan kemurungan. Menyingkirkan darah kotoran (Nifas) yang masih tertinggal  dalam sistem peranakan, memperbaiki struktur rahim dan memperbanyakkan serta memperkaya kandungan nutrien dalam susu ibu (nutrien dalam pemakanan ibu) disamping memberi kelancaran pengeluaran susu ibu. Ia menambahkan tenaga semasa dalam pantang melalui pembaikan sistem pencernaan, mengimbangi kembali sistem badan, membantu menyingkirkan lemak berlebihan, mengatasi sakit anggota, kembung perut dan melawaskan sistem pembuangan air besar serta air kecil. Ia juga membantu mempercepatkan pengecutan rahim dengan cara melancarkan pengeluaran darah nifas dan membantu menembalikan kecantikan bentuk badan yang sihat, mantap serta menyerikan wajah.

Syor:
Disyorkan pengambilan pada waktu pagi (selepas sarapan) untuk melawaskan sistem pembuangan air besar anda dan pada sebelah awal petang supaya tidak mengganggu waktu tidur anda pada sebelah malam.


2. Herbanika Lulur














Kandungan:
(1 botol - 100 gram - serbuk)     

Penggunaaan:
Bagi rawatan di rumah untuk kelahiran normal dan pembedahan, dimulakan pada hari ke 3

  1. Sebelum mandi, ambil 1 - 2 sudu besar HERBANIKA LULUR digaul sederhana cair dengan air suam. Sapurata ke seluruh badan, lakukan gosokan atau lulur semasa ia separa kering sehingga bersih.
  2. Elakkan lulur di bahagian payudara serta perut secara kasar atau menyental. Lakukan dengan lembut dan berhati-hati.
  3. Elakkan lulur di bahagian puting payudara yang berkulit sensitif akibat penyusuan. Mandi dan bilas dengan bersih (gunakan Barra Gel untuk badan anda).
  4. Ulangi amalan lulur ini setiap hari selama 30 hari ke 44 hari untuk mendapatkan kesan yang baik.
Nota:
Ia akan menghilangkan daki melalui kaedah penyentalan herba, menghaluskan kulit yang kasar, meningkatkan kecerahan tona kulit yang mengandungi pigmentasi hitam atau  jeragat, mengatasi masalah ketegangan otot dan menghilangkan tanda regangan "strech-mark" terutama pada pangkal paha dan pinggul, mengecutkan bentuk badan yang kembang atau sembab angin dan mengatasi sejuk-sejuk, kebas, lenguh atau sengal badan di samping mengelakkan kemasukan angin sejuk. Ia mengembalikan kemantapan kulit ibu dalam pantang-bersalin dengan memecahkan lemak degil melalui penyerapan herba oleh bahagian dermis kulit , mengecutkan bengkak sendi, otot, urat saraf dan mengatasi masalah Bengkak Vena atau Vena Varikos yang selalu terjadi di bahagian pangkal betis. Membantu menegangkan payudara yang kendur dan mengatasi masalah  kelenjar dan saluran susu tersumbat.


3. Akar Herbanika








Kandungan:
(1 kotak- 10 beg - bentuk uncang)

Penggunaan:

Semasa di wad bersalin - minum 2 - 4 gelas / mug sehari atau 3 - 6 cawan sehari:
Rendam 2 peket AKAR HERBANIKA dalam 1 flask atau thermos air panas yang mendidih sehingga ia keluar pati herba teh sederhana pekat. Setiap kali minum masukkan 1 sudu teh atau 1 sudu besar Madu Lebah Asli sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga. Minum suam panas, suam atau sejuk.
(2 peket boleh diulangi rendam beberapa kali selama beberapa hari sehingga cair, gantikan dengan peket yang baru).
Di rumah - buat pilihan Rendam atau Rebus.

Nota:
Minuman antioksidan ini membantu menyegarkan urat saraf, memperbanyakkan pengeluaran susu ibu, mengurangkan air berlebihan dalam badan atau masalah Retensi Air, melawaskan sistem pembuangan air kecil,  membantu memecahkan struktur lemak degil. Mengatasi masalah keletihan dan sakit sendi serta sejuk-sejuk juga mengawal bau badan. Boleh disediakan bersama 1 batang serai yang diketuk, 2 inci Halia (ketuk), 1 sudu besar Halba dan hirisan Daun Pandan, - 2 helai diikat.

Syor:

Disyorkan rebus 2 - 3 uncang AKAR HERBANIKA dalam 1 liter air atau secerek sederhana air panas sehingga mendidih.Tuangkan ke dalam flask atau thermos dan setiap kali minum, masukkan 1 sudu teh atau 1 sudu besar Madu Nu 3 Med NR sebagai pemanis, penawar, penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga. Boleh diminum ketika suam dan sejuk.
(uncang boleh diulang rendaman beberapa kali selama beberapa hari).



4. Krim Herbanika Barut





Kandungan:
(1 tiub   - 60 gram - bentuk krim)

Penggunaan:
Digunakan secara tradisional untuk menegangkan kembali otot-otot perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.

Nota:
Sangat berkesan untuk mengatasi perut menggeleber (memperbaiki bahagian dermis dan epidermis kulit) yang kembang dan kendur. Ia membantu mengempiskan serta memantapkan perut melalui penyerapan oleh kulit, merampingkan pinggang, membasmi masalah jaluran regangan kulit (strech-mark) serta tanda parut pada kulit. Ia juga dapat mengatasi pembengkakan luaran anggota badan (selalu berlaku pada sendi). 

Syor:      
Penggunaan dua kali sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan pada sebelah malam (sebelum tidur). Cara pengunaan: Picit sekurang-kurangnya 2 inci Krim Herbanika Barut dan sapukan ke sekeliling perut dan pinggang serta bahagian yang dikehendaki. Kemudian ikat dengan mengunakan kain barut.


5. Minyak Herbanika 






Kandungan:
(1 botol - 100 ml -minyak)  

Penggunaan:
Digunakan secara tradisional untuk kesegaran ibu-ibu dalam pantang bersalin, menguatkan otot, boleh melegakan batuk dan sakit anggota badan serta sendi, memlancarkan peredaran darah dan mengurangkan kahak.

Syor:
Amalan selepas keluar dari bilik bersalin
Gosok minyak herbanika (sapuan tipis) pada bahagian kulit kepala serta tengkuk dan bahu. (Amalan bagi mengelakkan ketegangan urat pada bahagian kepala, leher dan tengkuk semasa proses kelahiran dan mengurangkan kerunsingan untuk kelahiran secara pembedahan .

Kegunaan harian semasa berpantang
Sapu Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari,peha, pinggang, lutut, pelipat betis dan tapak kaki. Sangat mustajab digunakan untuk tujuan urutan (konsultasi bidan). Boleh guna bengkung (jika perlu).



6.  Uncang cuci Herbanika




Kandungan:
(1 kotak - 10 unit - bentuk uncang)

Penggunaan:
Membantu menghindari daripada jangkitan kuman (infeksi), kegatalan kulit, atasi darah berbau, menghindari dan menyembuhkan luka, kudis, nanah, masalah berair dan mempercepatkan penyembuhan luka jahitan-episiotomi. Sebagai mandian herba, ia memelihara kulit agar segar, mantap dan tidak mudah dimasuki angin sejuk.

Syor:
Mencuci bahagian sulit untuk bersalin normal, dilakukan semasa di wad bersalin dan di rumah.
1. Masukkan 2 genggam garam dan 2 uncang Cuci Herbanika dalam bekas air suam (suam panas).
2. Ramas kandungan uncang (semasa rendaman) supaya pati herba yang pekat keluar.
3. Lakukan cucian dengan cara melakukan simbahan (chebok) pada bahagian berkenaan serta bahagian yang terdapat luka jahitan episiotom (sekiranya ada)
4. Lapkan supaya bahagian berkenaan kering dan buat sapuan Minyak Herbanika serta tuangkan ke atas pad atau tuala sanitari anda.

Mencuci bahagian sulit untuk bersalin pembedahan, dilakukan semasa di wad bersalin dan di rumah.
1. Masukkan 2 genggam garam dan 2 uncang Cuci Herbanika dalam bekas air suam (suam panas).
2. Ramas kandungan uncang (semasa rendaman) supaya pati herba yang pekat keluar.
3. Lakukan cucian dengan cara melakukan simbahan (chebok) pada bahagian berkenaan serta bahagian yang terdapat luka jahitan episiotom (sekiranya ada)
4. Lapkan supaya bahagian berkenaan kering dan buat sapuan Minyak Herbanika serta tuangkan ke atas pad atau tuala sanitari anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan